Monday, December 29, 2014

Selamat Pengantin Baru!

Hola! Ape bikin malam2 ni? (time Uyul taip ni malam la..haha).. Ok cam biase... Akhir tahun ni orang lain duk sibuk dengan YES... Tapi aku sibuk dengan exam..haha... Final examination...

Tengah cari mood nak study sebenarnye.. 2 hari dah cari tapi tak jumpe2.. Mane ntah hilang.. Ape kan daye...haha... Sambil taip ni dengar Hot FM, dengar lagu Faizal Tahir, Selamat Malam. Hah, nampak tak nak suroh tido.. Aiyo, macam mane mau study...? hihi.. #alasan

Ouh, lupe.. Beberape hari lepas kawan Uyul baru ja selamat membina masjid... Pada 27 Dec 2014... Ramai dah yang dah selamat diijab kabulkan.. Cuma Uyul yang tak lagi.. Tahun depan agaknye..eh? haha

Adeyh...lupe nak bagi tau siape... Ok.. Faten Ahmad dan Shahidan Akhir.. 

Shahidan dan Faten
Gambar ni gambar lame sebenarnye... Sebelum diorang tunang..haha... Mase ni rombongan raye Cik Kiah...haha... Saje la nak bagi korang kenal..kot la ade yang kenal..eh?hihi.. Wedding diorang aku tak dapat gi... Cuma dapat gi mase tunang ja..ok la kan daripada tak gi langsung...hihi..

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku.. Shahidan dan Fatenah.. In Sha Allah, berkat doa keluarga dan kawan2... Moga kekal sehingga Jannah... Aminn... 

Sekarang mau sambung kejar itu mood study...hahah! wish me luck... daaa =)


Wednesday, July 9, 2014

Mengapa aku...

Macam dah lame tak menjenguk blog ni.. Masih wujud hanya untuk bercerita meluahkan apa yang terbuku di hati.. Yups.. Blog ni la kadang2 mengisi masa lapang.. Selesa bercerita kat blog ni walaupun orang dah tak guna sangat blog ni... Tapi ianya selesa untuk berkongsi apa yang ada dalam hati...

Pada ketika ini, Uyul berumur 23 tahun.. Sedang cuba menghabiskan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Bukanlah seorang yang cerewet dalam segala hal tetapi tetap meluahkan rasa ketidakpuasan hati tentang banyak perkara. Hanya inginkan rase gembira sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar. 

Uyul mengaku, kadang2 ape yang kite nak tak selalunya dapat. Bila ada di U, terasa macam nak balik ke rumah. Rindu rasa hati nak berborak dengan keluarga. Tapi bila dah ada dekat rumah, apa yang diinginkan x kesampaian. Lain pula rasanya. Terasa ingin kembali semula dengan kehidupan sibuk ketika di U. Tidak bersyukurkah aku atau pun tak pandai mengatur masa sendiri?

Duduk bersendirian di hadapan laptop pemberian umi ayah, selalunya Uyul berfikir tentang siapa Uyul, dimana Uyul, apa yang sepatutnya Uyul lakukan. Sebelum tidur, sukar melelapkan mata sebab terlalu memikirkan hal2 dunia dan bagaimanakah nasib Uyul ketika sudah berada di alam lain.

Rasa takut apabila memikirkan amalan yang tak cukup untuk dibawa bekal, namun jasad tak mahu bergerak membantu jiwa yang kekosongan. Terasa jiwa merintih meminta pertolongan namun suara hati tidak didengari. Perlukan bimbingan namun tiada yang sudi. Terlambung di awangan dan tenggelam dalam kegelapan. 

Tak siapa yang faham walaupun insan tersayang berada paling dekat dengan Uyul. Tak siapa faham dan takkan difahami oleh orang lain termasuk ahli keluarga. Kenangan silam yang hitam menyebabkan pergerakan terbatas dan menghalang segalanya. 

Cuba untuk berbincang dan meminta pendapat tetapi selalunya yang pertama lah yang akan ditendang. Tidak bisakah aku bersuara? Salahkah aku bersuara? Cuba untuk rapat untuk menceritakan segalanya tetapi Uyul dah boleh ramal apa yang akan berlaku kemudian. Takkan ada yang akan mengerti apa yang dilalui dan dialami. 

Dahulunya pendiam. Sedaya upaya membina keyakinan diri, ternyata gagal. Malah ada yang mengatakan sakit hati bila bercakap dengan Uyul. Dalam hati tak siapa yang tahu. Cukup membuatkan air mata mengalir sederas-derasnya. Tegurla Uyul dengan cara yang betul. Mungkin Uyul nampak kasar tapi hati ini lembut sangat. Cepat tersentuh. Sangat cepat tersentuh. 

Teguran yang keras membuatkan Uyul cepat melenting dan membuatkan hilang pendirian diri. Lambat untuk Uyul sedar apa yang telah berlaku. Ia menjadikan segalanya terbatas. 

Lalu nekad untuk diam seribu bahasa. Hanya menurut perintah dan akur dengan segala arahan. Biarlah berdiam diri daripada menyakitkan hati banyak pihak. Biarlah hati Uyul yang sakit asalkan tidak melukakan hati orang lain. Sanggup bergenang air mata di kala malam, cuba untuk mengukir senyuman yang indah pada keesokkan hari. 

Hanya berharap akan ada insan yang datang menghulurkan tangan, membawa ke jalan yang terang. Diselubungi kegelapan membataskan Uyul untuk melihat cahaya dan mengisi ruang jiwa yang kosong. Segalanya Uyul serahkan pada yang Esa kerana Dialah segalanya. Perancangan yang terbaik dan memahami setiap ciptaan makhlukNya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui tiap2 sesuatu. 

Air mata peneman setia dikala hati gundah gulana merayu pada yang Esa untuk mencari ketenangan. 

Tuesday, May 13, 2014

Pada suatu ketika dahulu...

Hye, guys! Are you there? Huhu.. Harapnye sume kawan2 sihat selalu.. Hari ni xde entry yg menarik... Just nak luahkan ape yang Uyul rase.. Ape yang terjadi hari ni membuatkan Uyul terdiam 1 hari.. Memikirkan kenape ia terjadi dan mengape..
Ape yang ditulis adalah luahan hati Uyul.. x tau nak cite kat sape dah.. Jauh di pedalaman dan xde siape yang faham... Dulunye kami bersahabat.. Selama 3 tahun kami bertukar-tukar cerita, saling mengusik, bergurau, menangis, bergaduh, makan bersame.. almost everything we do it together.. Tapi bile tibe masa Graduation Day for Diploma, semuanya kelihatan seperti titik pengakhiran buat kami. 

Masing2 mula mencari haluan sendiri.. Bekerja, sambung belajar, membina keluarga. Sudah tercatat dalam qada' n qadarku, Uyul berjaya menyambung pelajaran ke universiti. Tapi itu bukanlah alasan untuk hubungan persahabatan kami berakhir. Ada mase Uyul call.. text.. tanya khabar.. Tak nak lah Uyul dilupakan... Tapi.. Cinta bertepuk sebelah tangan xkan berbunyikan...

Its just only me yang keep calling them, tanya khabar, ape yang diorang buat pada waktu tu. Tak berkira. Langsung tidak. Apelah nak berkira sangat. Kawan kot. Terasa sangat bile jadi macam tu. Macam Uyul jep yang ingat pada mereka. Tau diorang sibuk tapi dalam sebulan xkan takde mase langsung untuk balas 1 text/ call dari Uyul? Xpela Uyul, diorang mungkin sibuk dengan urusan masing2..

Ketika salah seorang daripada sahabat bertunang, Uyul cuba hadirkan diri dan Alhamdulillah Uyul dapat hadirkan diri. Seronok x terkata bila dapat jumpe kawan2. Tapi terass awkward. Macam x pernah kenal siape mereka. Nak bergelak pun lain rasenye. Tapi xpelah, mungkin Uyul jep yang terase. Biarkan lah...

Then, di hari bahagia sahabat ni Uyul x dapat hadirkan diri sebabkan kekangan waktu dan wang. Betapa sedihnye pada mase tu hanya Allah yang tahu. Boleh dikatekan semua sahabat dan kawan2 hadir. Xpelah, Uyul doakan kebahagiaan die dari jauh. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, sedang mengandung anak yang sulung. Tahniah sahabat.

Uyul diuji ketika salah terbace perbualan di grup whatsapp. Salah seorang daripada sahabat yang lain akan bernikah juga dan Uyul sorang yang x tahu. X diberi tahu langsung. Uyul diamkan jep, mungkin belum masenye die nak bagi tau Uyul. Memang sedih. Sahabat, besarkah salah Uyul pada sahabat sehingga x diberitahu tentang itu?  X lame lepas tu baru die perasan, then die bagi tau. Alhamdulillah, kebetulan mase tu Uyul sedang bercuti. Uyul datang dengan umi ayah. Semuanya berjalan lancar dan Alhamdulillah juga sedang menjaga amanah dari Allah yang paling berharga. 

Ada suatu ketika, sedang berbual di telefon dengan seorang sahabat, tibe2 secara x sengaja sahabat berkate yang sahabat kami yang sorang lagi sudah bertunang. Hanya die sorang yang tahu. Terkedu. Terdiam. Mengape hal yang baik sebegitu dirahsiekan. Bukan sahabatkah aku? Uyul cube menghubungi sahabat itu, dari semasa ke semase. Tidak berjawab. Sibuk barangkali. Tapi Uyul tetap x putus asa. Cuba lagi. Sampai suatu masa Uyul tidak menghubunginye lagi. Tak marah. Cume terase hati. Mengapa tidak dijawab. Tidak ada masa langsungkah untuk berbual seketika dengan Uyul?

Setelah sekian lame menyepi, Uyul kembali cube berbual dengan sahabat di grup whatsapp. Ambil tahu perkembangan mereka. Tiba2 terkeluar tentang pertunangan sahabat yang tidak diberitahu. Ketika itu baru die tersedar, die x maklumkan pada Uyul. Alasannya, die x beritahu pada mereka yangtidak hadir di majlis perkahwinan sahabat sebelum ini dan mereka yang tidak smpt berjumpe walaupun hadir di majlis itu. 

Dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu betape sedihnya hati Uyul bile berita yang menggembirekan itu, Uyul x dimaklumkan. Pada mereka mungkin Uyul bukanlah orang yang penting.. Pada mereka mungkin Uyul bukanlah sahabat. Pada mereka, berita yang sebegitu x perlu maklumkan pada Uyul kerana jika dimaklumkan belum tentu Uyul belum dapat hadirkan diri untuk raikan bersama. 

Die sedar akan kesilapan die. Die segera memohon maaf. Wahai sahabat, Uyul sudah lama memaafkan kalian. Segera memaafkan mane tahu ajal Uyul tibe dahulu. Tak pernah berdendam sebab itu bukan diri Uyul. Cuma kemesraan seperti dahulu xkan sama. Jangan bimbang. Sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Selalu menjadi orang yang terakhir. Biarlah Uyul sendirian mencari ketenangan hati sendiri. Bersama air mata yang x pernah jemu untuk mengalir.  

Uyul sedar, Uyul bukanlah orang yang senang.. Yang ada waktu untuk sentiasa bersama. Tiada kepentingan. Tapi jujur dalam lubuk hati ini, Uyul tidak mahu persahabatan ini berakhir. Kenangan kita bersame sepanjang 3 tahun bersama ketika dalam pengajian diploma adalah sangat bermakna. Sangat dirindui kerana ia xkan berulang lagi. 

Setiap manusia di atas muka bumi ini ada cerita yang tersendiri. Masing2 membawa haluan sendiri.  Cerita kita tak sama. Apa yang kita lalui xkan sama. Ya Allah, aku mengucapkan syukur kepadaMu kerana pertemukan jodoh aku dengan mereka. Mereka mengajar aku erti kesusahan, mengajar aku untuk berusaha, sentiasa mengingatkan aku ketika aku lupa. Kau hadirkan mereka dalam hidup aku untuk menceriakan hari2 ku. Tetapi aku terima apa yang telah kau tetapkan untukku. Berilah kebahagiaan kepada mereka dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Janganlah Kau biarkan sahabat2 ku ini bersedih. Jangan Kau biarkan hati mereka berpaling dari Mu. Kau lindungilah mereka. Sesungguhnya Engkau lah yang maha berkuasa. Aku percaya segala yang berlaku telah ditetapkan dan mempunyai hikmah yang tersendiri. 

Sekiranya jodoh kita panjang, In sha Allah, dengan izin Allah, kita berjumpa lagi. Maafkan segala kekurangan pada diri ini. Uyul hanyalah insan biasa yang lemah. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Uyul untuk mengenali kalian. 

 

Sunday, March 30, 2014

Early 2014

haha...hye! Lame sudahrasenye x menconteng kat sini... Lame jugakkan Uyul tinggal.. Berhabuk dah.. Ceit! Ayat same jep... Sibuk nak tiru orang.. haha!

So, ape cite 2014?? Walaupun da bulan 3, eh silap, end of March sudah..haha.. Uyul x smpat nak taip ape2 cerite sebab terlalusibuk..haha.. Padahalkan sem ni kelas Uyul ade hari Isnin dengan Khamis jep..hihi...

So, kite cite jep la apae yg ade..cam banyak ja..haha.. 1st, congratulation to my sepupu, Effa Hulala,,,, Eh, Afifah Aziz.. Yang telah pun selamat menjadi tunangan orang.. Baru tunang..Lom kawen lagi. 22 Mac hari tu.. Meriah jugak sebab ramai orang..sekali dengan yasin untuk arwah atok..huhu..




then skrg ni nak cuti dah...hehe... cuti pertengahan sem...nak blk...seronok..nak jumpe buah hati..eh? hehe... Yewla... skrg ni die tgh praktikal kat JB... Dah x dpt jmpe kt u lagi..huhu...

Sem ni agak pnt walaupun 2 kls jep sbb assgnmnt sume hebat2... Sume nak gune video saje.. Tapi seronok.. Saye belajar sesuatu yang baru...huhu... Recording, editing,,, Sume tu menarik.. Sampai sakit tengkuk dibuatnye..huhu... Kate nak keje depan laptopkan..huhu.. Bile kite belajar sesuatu yang baru, kite akan cbe untuk menjiwai bnde tu dan cube alami apae yang kite belajar.. Its fun!

Ok.. Uyul nak tdo dah..nantok ni.. 2 cawan milo dah hbs..huhu... Nite sume!