Hye, guys! Are you there? Huhu.. Harapnye sume kawan2 sihat selalu.. Hari ni xde entry yg menarik... Just nak luahkan ape yang Uyul rase.. Ape yang terjadi hari ni membuatkan Uyul terdiam 1 hari.. Memikirkan kenape ia terjadi dan mengape..
Ape yang ditulis adalah luahan hati Uyul.. x tau nak cite kat sape dah.. Jauh di pedalaman dan xde siape yang faham... Dulunye kami bersahabat.. Selama 3 tahun kami bertukar-tukar cerita, saling mengusik, bergurau, menangis, bergaduh, makan bersame.. almost everything we do it together.. Tapi bile tibe masa Graduation Day for Diploma, semuanya kelihatan seperti titik pengakhiran buat kami.
Masing2 mula mencari haluan sendiri.. Bekerja, sambung belajar, membina keluarga. Sudah tercatat dalam qada' n qadarku, Uyul berjaya menyambung pelajaran ke universiti. Tapi itu bukanlah alasan untuk hubungan persahabatan kami berakhir. Ada mase Uyul call.. text.. tanya khabar.. Tak nak lah Uyul dilupakan... Tapi.. Cinta bertepuk sebelah tangan xkan berbunyikan...
Its just only me yang keep calling them, tanya khabar, ape yang diorang buat pada waktu tu. Tak berkira. Langsung tidak. Apelah nak berkira sangat. Kawan kot. Terasa sangat bile jadi macam tu. Macam Uyul jep yang ingat pada mereka. Tau diorang sibuk tapi dalam sebulan xkan takde mase langsung untuk balas 1 text/ call dari Uyul? Xpela Uyul, diorang mungkin sibuk dengan urusan masing2..
Ketika salah seorang daripada sahabat bertunang, Uyul cuba hadirkan diri dan Alhamdulillah Uyul dapat hadirkan diri. Seronok x terkata bila dapat jumpe kawan2. Tapi terass awkward. Macam x pernah kenal siape mereka. Nak bergelak pun lain rasenye. Tapi xpelah, mungkin Uyul jep yang terase. Biarkan lah...
Then, di hari bahagia sahabat ni Uyul x dapat hadirkan diri sebabkan kekangan waktu dan wang. Betapa sedihnye pada mase tu hanya Allah yang tahu. Boleh dikatekan semua sahabat dan kawan2 hadir. Xpelah, Uyul doakan kebahagiaan die dari jauh. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, sedang mengandung anak yang sulung. Tahniah sahabat.
Uyul diuji ketika salah terbace perbualan di grup whatsapp. Salah seorang daripada sahabat yang lain akan bernikah juga dan Uyul sorang yang x tahu. X diberi tahu langsung. Uyul diamkan jep, mungkin belum masenye die nak bagi tau Uyul. Memang sedih. Sahabat, besarkah salah Uyul pada sahabat sehingga x diberitahu tentang itu? X lame lepas tu baru die perasan, then die bagi tau. Alhamdulillah, kebetulan mase tu Uyul sedang bercuti. Uyul datang dengan umi ayah. Semuanya berjalan lancar dan Alhamdulillah juga sedang menjaga amanah dari Allah yang paling berharga.
Ada suatu ketika, sedang berbual di telefon dengan seorang sahabat, tibe2 secara x sengaja sahabat berkate yang sahabat kami yang sorang lagi sudah bertunang. Hanya die sorang yang tahu. Terkedu. Terdiam. Mengape hal yang baik sebegitu dirahsiekan. Bukan sahabatkah aku? Uyul cube menghubungi sahabat itu, dari semasa ke semase. Tidak berjawab. Sibuk barangkali. Tapi Uyul tetap x putus asa. Cuba lagi. Sampai suatu masa Uyul tidak menghubunginye lagi. Tak marah. Cume terase hati. Mengapa tidak dijawab. Tidak ada masa langsungkah untuk berbual seketika dengan Uyul?
Setelah sekian lame menyepi, Uyul kembali cube berbual dengan sahabat di grup whatsapp. Ambil tahu perkembangan mereka. Tiba2 terkeluar tentang pertunangan sahabat yang tidak diberitahu. Ketika itu baru die tersedar, die x maklumkan pada Uyul. Alasannya, die x beritahu pada mereka yangtidak hadir di majlis perkahwinan sahabat sebelum ini dan mereka yang tidak smpt berjumpe walaupun hadir di majlis itu.
Dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu betape sedihnya hati Uyul bile berita yang menggembirekan itu, Uyul x dimaklumkan. Pada mereka mungkin Uyul bukanlah orang yang penting.. Pada mereka mungkin Uyul bukanlah sahabat. Pada mereka, berita yang sebegitu x perlu maklumkan pada Uyul kerana jika dimaklumkan belum tentu Uyul belum dapat hadirkan diri untuk raikan bersama.
Die sedar akan kesilapan die. Die segera memohon maaf. Wahai sahabat, Uyul sudah lama memaafkan kalian. Segera memaafkan mane tahu ajal Uyul tibe dahulu. Tak pernah berdendam sebab itu bukan diri Uyul. Cuma kemesraan seperti dahulu xkan sama. Jangan bimbang. Sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini. Selalu menjadi orang yang terakhir. Biarlah Uyul sendirian mencari ketenangan hati sendiri. Bersama air mata yang x pernah jemu untuk mengalir.
Uyul sedar, Uyul bukanlah orang yang senang.. Yang ada waktu untuk sentiasa bersama. Tiada kepentingan. Tapi jujur dalam lubuk hati ini, Uyul tidak mahu persahabatan ini berakhir. Kenangan kita bersame sepanjang 3 tahun bersama ketika dalam pengajian diploma adalah sangat bermakna. Sangat dirindui kerana ia xkan berulang lagi.
Setiap manusia di atas muka bumi ini ada cerita yang tersendiri. Masing2 membawa haluan sendiri. Cerita kita tak sama. Apa yang kita lalui xkan sama. Ya Allah, aku mengucapkan syukur kepadaMu kerana pertemukan jodoh aku dengan mereka. Mereka mengajar aku erti kesusahan, mengajar aku untuk berusaha, sentiasa mengingatkan aku ketika aku lupa. Kau hadirkan mereka dalam hidup aku untuk menceriakan hari2 ku. Tetapi aku terima apa yang telah kau tetapkan untukku. Berilah kebahagiaan kepada mereka dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Janganlah Kau biarkan sahabat2 ku ini bersedih. Jangan Kau biarkan hati mereka berpaling dari Mu. Kau lindungilah mereka. Sesungguhnya Engkau lah yang maha berkuasa. Aku percaya segala yang berlaku telah ditetapkan dan mempunyai hikmah yang tersendiri.
Sekiranya jodoh kita panjang, In sha Allah, dengan izin Allah, kita berjumpa lagi. Maafkan segala kekurangan pada diri ini. Uyul hanyalah insan biasa yang lemah. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Uyul untuk mengenali kalian.
No comments:
Post a Comment