Macam dah lame tak menjenguk blog ni.. Masih wujud hanya untuk bercerita meluahkan apa yang terbuku di hati.. Yups.. Blog ni la kadang2 mengisi masa lapang.. Selesa bercerita kat blog ni walaupun orang dah tak guna sangat blog ni... Tapi ianya selesa untuk berkongsi apa yang ada dalam hati...
Pada ketika ini, Uyul berumur 23 tahun.. Sedang cuba menghabiskan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Bukanlah seorang yang cerewet dalam segala hal tetapi tetap meluahkan rasa ketidakpuasan hati tentang banyak perkara. Hanya inginkan rase gembira sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar.
Uyul mengaku, kadang2 ape yang kite nak tak selalunya dapat. Bila ada di U, terasa macam nak balik ke rumah. Rindu rasa hati nak berborak dengan keluarga. Tapi bila dah ada dekat rumah, apa yang diinginkan x kesampaian. Lain pula rasanya. Terasa ingin kembali semula dengan kehidupan sibuk ketika di U. Tidak bersyukurkah aku atau pun tak pandai mengatur masa sendiri?
Duduk bersendirian di hadapan laptop pemberian umi ayah, selalunya Uyul berfikir tentang siapa Uyul, dimana Uyul, apa yang sepatutnya Uyul lakukan. Sebelum tidur, sukar melelapkan mata sebab terlalu memikirkan hal2 dunia dan bagaimanakah nasib Uyul ketika sudah berada di alam lain.
Rasa takut apabila memikirkan amalan yang tak cukup untuk dibawa bekal, namun jasad tak mahu bergerak membantu jiwa yang kekosongan. Terasa jiwa merintih meminta pertolongan namun suara hati tidak didengari. Perlukan bimbingan namun tiada yang sudi. Terlambung di awangan dan tenggelam dalam kegelapan.
Tak siapa yang faham walaupun insan tersayang berada paling dekat dengan Uyul. Tak siapa faham dan takkan difahami oleh orang lain termasuk ahli keluarga. Kenangan silam yang hitam menyebabkan pergerakan terbatas dan menghalang segalanya.
Cuba untuk berbincang dan meminta pendapat tetapi selalunya yang pertama lah yang akan ditendang. Tidak bisakah aku bersuara? Salahkah aku bersuara? Cuba untuk rapat untuk menceritakan segalanya tetapi Uyul dah boleh ramal apa yang akan berlaku kemudian. Takkan ada yang akan mengerti apa yang dilalui dan dialami.
Dahulunya pendiam. Sedaya upaya membina keyakinan diri, ternyata gagal. Malah ada yang mengatakan sakit hati bila bercakap dengan Uyul. Dalam hati tak siapa yang tahu. Cukup membuatkan air mata mengalir sederas-derasnya. Tegurla Uyul dengan cara yang betul. Mungkin Uyul nampak kasar tapi hati ini lembut sangat. Cepat tersentuh. Sangat cepat tersentuh.
Teguran yang keras membuatkan Uyul cepat melenting dan membuatkan hilang pendirian diri. Lambat untuk Uyul sedar apa yang telah berlaku. Ia menjadikan segalanya terbatas.
Lalu nekad untuk diam seribu bahasa. Hanya menurut perintah dan akur dengan segala arahan. Biarlah berdiam diri daripada menyakitkan hati banyak pihak. Biarlah hati Uyul yang sakit asalkan tidak melukakan hati orang lain. Sanggup bergenang air mata di kala malam, cuba untuk mengukir senyuman yang indah pada keesokkan hari.
Hanya berharap akan ada insan yang datang menghulurkan tangan, membawa ke jalan yang terang. Diselubungi kegelapan membataskan Uyul untuk melihat cahaya dan mengisi ruang jiwa yang kosong. Segalanya Uyul serahkan pada yang Esa kerana Dialah segalanya. Perancangan yang terbaik dan memahami setiap ciptaan makhlukNya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui tiap2 sesuatu.
Air mata peneman setia dikala hati gundah gulana merayu pada yang Esa untuk mencari ketenangan.
No comments:
Post a Comment